suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Manchester United Intai Jurgen Klopp

Klopp kini menjadi perhatian kelab Manchester United.

PIHAK atasan kelab Manchester United belum pasti sama ada David Moyes adalah orang yang sesuai atau tidak bagi  menguruskan skuad itu selepas £200 juta (RM1087.93) dibelanjakan musim ini.

United dikhabarkan kini sedangan mengintai bos Dortmund, Jurgen Klopp sekiranya sentuhan Moyes tidak mendatangkan sebarang hasil.

Dalam pada itu, United juga bertemu dengan jurulatih Belanda, Louis Van Gaal minggu lalu, sekaligus menyaksikan kedudukan Moyes di Old Trafford semakin goyang.

Namun Klopp lebih diberi perhatian bagi menggantikan kedudukan di kelab Inggeris ini.

Reputasinya di Dortmund tidak perlu dipertikaikan lagi apabila menjulang trofi Liga Jerman mengatasi Bayern Munich pada tahun 2012 serta mara ke final pada aksi Liga juara-juara musim lalu.

United percaya, sikap agresif Klopp serta pengurusan yang lebih teratur adalah faktor utama pengurus itu menjadi pilihan.

Pengurus berusia 46 tahun itu turut diintai kelab Barcelona yang baharu saja memecat Tata Martino selepas satu musim, manakala pengurus terkini kelab Catalan itu, Gerardo Martino juga dalam bahaya dalam kedudukan ketiga liga setakat ini.

Klopp telah membuktikan bahawa pemilihan Robert Lewandowski, Marco Reus, Mats Hummels, Lukasz Piszczek dan Ilkat Gundogan berbaloi di Dortmund.

Namun dengan kuasa kewangan besar Bayern, menyebabkan Lwandowski akan berpindah ke kelab itu mengikut jejak Mario Gotze ke Allianz Arena musim depan.

Dan dalam masa salam Klopp juga dilihat bersedia untuk mencuba angin baharu.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain