Harapan Khedira ke Piala Dunia Kembali Cerah - Sukan | mStar

Harapan Khedira ke Piala Dunia Kembali Cerah

Khedira antara pemain yang menjadi tulang belakang bagi pasukan Jerman.

PELUANG  pemain tengah Jerman, Sami Khedira untuk menyertai aksi Piala Dunia Jun ini kembali cerah selepas mula menjalani latihan bersama kelabnya Real Madrid buat kali pertama selepas lima bulan berehat.

Pemain berusia 27 tahun ini mengalami kecederaan ligamen ketika beraksi seri 1-1 menentang Itali pada November lalu.Sejak itu, Khedira lebih banyak mengisi masanya denga melakukan pemulihan di negaranya.

Khedira merupakan salah seorang kunci utama pasukan Jerman ketika aksi Piala Dunia empat tahun lalu di bawah pegurusan Joachim Low.

Dia perlu menunjukkan prestasi baik sehingga hujung musim ini bagi membuka peluangnya ke Brazil.Dan dalam pada itu, tumpuannya juga untuk mencuba memberi penampilan pada final Copa del Rey bertemu Barcelona Rabu ini.

Selain itu, pemain pertahanan Brazil, Marcelo dan bintang Sepanyol, Sergio Ramos dijangka akan kembali cergas daripada kecederaan, manakala nasib Christiano Ronaldo  masih samar kerana kecederaan hamstring menjelang perlawanan tersebut.

Sami Khedira , Piala Dunia , Real Madrid

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Jadual Perlawanan Liga Super, Selasa

Artikel Berkaitan

Lebih Artikel