MotoGP: Marquez Terus Kuasai Litar Dua Kali Berturut-Turut

Marquez (kanan) dan Pedrosa menguasai perlumbaan pusingan kedua MotoGP di Austin pada Ahad.

DUA pelumba repsol Honda menguasai kedudukan pertama dan kedua pada perlumbaan Kejuaraan Motosikal Dunia (MotoGP) di Austin, Amerika Syarikat, lewat Ahad malam.

Marc Marquez meraih juara pada perlumbaan kedua musim ini dengan mencatat 43:33.430s manakala rakan sepasukannya Dani Pedrosa di tempat kedua.

Dominasi kedua pelumba ini mengekalkan kedua satu dua ini seperti mana perlumbaan pembukaan di Texas tahun lalu.

Marquez terus mencipta sejarah apabila menjadi pelumba pertama selepas Mick Doohan pada tahun 1995 memenangi dua perlumbaan awal berturut-turut.

Bagaimanapun perlumbaan perlumbaan ini sedikit dramatik apabila pelumba Yamaha, Jorge Lorenzo memulakan menguasai saingan pada lap pertama mangatasi Marquez dan Pedrosa.

Namun selepas itu Lorenzo dikenakan penalti dan membawa Marquez mengambil alih kedudukan di depan  diiringi Pedrosa.

"Saya sangat teruja dengan perlumbaan yang baik. Namun sebelum itu ketika melihta Jorge mendahului, saya sedikit risau.

"Perlumbaan ini sedikit berbeza kerana perlumbaan sebelum ini saya yang terus mendahului perlumbaan.

"Ia sedikit sukar kerana kamu perlu memberi fokus sepenuhnya dan terus yakin.

"Saya harap perlumbaan selepas ini akan lebih menarik," jelas juara dunia ini.

Perlumbaan pusingan ketika akan berlangsung pada 25-27 April ini di Litar Termas De Río Hondo, Argentina.


Keputusan penih GP Amerika:


1.Marc Márquez 43:33.430

2.Dani Pedrosa 04.124

3.Andrea Dovizioso +20.976

4.Stefan Bradl +22.790

5.Bradley Smith +22.963

6.Pol Espargaró +26.567

7.Andrea Iannone +28.257

8.Valentino Rossi +45.519

9.Aleix Espargaró  +47.605

10.Jorge Lorenzo +49.111

11.Nicky Hayden +01:00.735

12.Hiroshi Aoyama +01:03.954

13.Yonny Hernández +01:07.333

14.Karel Abraham +01:27.972

15.Héctor Barberá +01:32.376

16.Michael Laverty  +01:32.543

17.Danilo Petrucci +01:39.176

18.Mike Di Meglio +01:51.962

19.Scott Redding (tidak tamat perlumbaan)

20.Colin Edwards (tidak tamat perlumbaan)

21.Cal Crutchlow  (tidak tamat perlumbaan)

22.Álvaro Bautista (tidak tamat perlumbaan)

23.Broc Parkes (tidak tamat perlumbaan)


Artikel Sebelum

Jadual Perlawanan Liga Super, Selasa

Artikel Berikut

Klik

Check-out seleksi menyegarkan, menambah nikmatnya tradisi iftar... Kombo Cool Kathira, Cool Bandung memang berbaloi!

COOLBLOG Tradisi Cool Ramadan tampil dengan seleksi minuman Cool Kathira dan Cool Bandung.

Laksana tanggungjawab perangi Covid-19, sumbangan mega Petronas saat krisis tiada sempadan – “Diharapkan Malaysia lebih kuat dan utuh di masa depan”

DENGAN keadaan yang tidak menentu ketika ini akibat pandemik Covid-19, terdapat keperluan bagi negara untuk bersama-sama menangani penularan wabak itu.

Sedih tak dapat beraya di kampung? Jom hidupkan suasana raya, menu Syawal boleh dihidang di mana-mana... Pek Ceria Raya kan ada!

TAK dapat balik kampung! Barangkali begitulah yang luahan dan keluhan kebanyakan kita yang menyambut 1 Syawal kali ini.

Jom senyum bersama tersayang sambil menonton banyak pilihan prabayar sepanjang Ramadan, Syawal... hanya di NJOI Prepaid!

TIGA pilihan pek baharu bersama 16 saluran ala-carte untuk pelanggan NJOI sepanjang Syawal ini.

Tak ada idea nak masak apa? Ini 5 program memasak menarik untuk anda tune in, no.2 paling kecoh!

LIMA program masakan terbaik yang boleh anda tonton secara streaming di Astro GO

Artikel Lain