Ketua Jurulatih Baharu Skuad Bola Sepak Perak Diumum Khamis Ini - Sukan | mStar

Ketua Jurulatih Baharu Skuad Bola Sepak Perak Diumum Khamis Ini

Abdul Aziz Yeop. - fotoBERNAMA
IPOH: Persatuan Bola Sepak Perak (Pafa) akan mengumumkan ketua jurulatih baharu skuad bola sepak negeri bagi menggantikan Abu Bakar Fadzim pada Khamis ini, kata Setiausaha Pafa Abdul Aziz Yeop. 

Beliau berkata empat jurulatih asing antaranya dari England dan Bulgaria akan ditemu duga pada hari tersebut sebelum pemilihan ketua jurulatih baharu dimuktamadkan.

"Kita memberi ruang lebih terbuka kepada pemohon, kita tak nak dianggap memilih jurulatih suka-suka dan tidak ditemu duga terlebih dahulu. Kita melihat mereka (ketua jurulatih) daripada pelbagai aspek termasuk kos," katanya kepada pemberita di pejabatnya di sini, Isnin.

Beliau berkata pihaknya memilih pakar dalam bidang bola sepak dari luar negara adalah untuk menambah ilmu pemain supaya mereka dapat memantapkan lagi corak permainan.

Sementara itu, Abdul Aziz berkata dakwaan bahawa Abu bakar dipecat sebagai ketua jurulatih hanya merupakan satu spekulasi.

"(Abu Bakar) bukan jurulatih tidak bagus dan tidak melaksanakan tugas, dia (Abu Bakar) tak ada masalah dengan pasukan. Burn (Abu Bakar) masih dengan Pafa kerana kontraknya dengan Pafa adalah sehingga 2015, mungkin selepas ini dia adalah (dipilih) sebagai jurulatih," katanya.

Beliau berkata Abu Bakar masih diberi mandat sepenuhnya untuk memilih barisan pemain menentang Johor Darul Takzim (JDT) dalam perlawanan Liga Super esok, sebelum ketua jurulatih baharu dipilih.

Mengenai desas-desus kononnya Velizar Popov dari Bulgaria merupakan bakal ketua jurulatih, Abdul Aziz berkata selagi surat rasmi tidak dikeluarkan beliau tidak dianggap sebagai ketua jurulatih.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Moto2: Azlan Pamer Prestasi Positif

Artikel Berkaitan

Lebih Artikel

Isteri Adun Panti meninggal dunia