suria

F1: Alonso Puji Dominasi Mercedes

Alonso mengakui Ferrari masih mencari formula terbaik untuk terus bersaing.
PELUMBA Ferrari, Fernando Alonso memuji kehebatan prestasi pasukan Mercedes yang menguasai tiga perlumbaan awal musim 2014. 

Lewis Hamilton dan Nico Rosberg mendominasi tiga perlumbaan awal Formula 1, sebaliknya pasukan Ferrari masih lagi mencari rentak kelajuan.  

Pelumba Sepanyol itu menamatkan saingan di kedudukan ke-6 pada aksi Grand Prix Bahrain minggu lalu, manakala Hamilton dan Rosberg mengusai kedudukan teratas.

"Mercedes amat menakjubkan. Mereka melakukan tugas dengan baik berbanding pelumba lain dan Nico serta Lewis memandu dengan hebat, tanpa melakukan sebarang kesilapan. 

"Kami masih lagi berdepan dengan situasi sukar. 

"Buat masa sekarang agak mustahil untuk mengejar mereka bagi trofi setiap pusingan, namun jika dilihat kembali pasukan GP Brawn yang menguasai perlumbaan pada awal tahun 2009 dan mereka berdepan dengan tugas sukar ketika penghujung musim," jelas Alonso penuh makna. 

Alonso berkata, pasukannya akan terus menyelidik apa yang berlaku pada jenteranya. 

"Kami akan melakukan segalanya, dan terpulang kepada kami untuk membuktikan yang lebih baik," tambah juara dunia dua kali ini. 

Selepas tiga perlumbaan, Ferrari kini berada di kedudukan kelima pengeluar, 78 mata di belakang Mercedes. 

Manakala Alonso berada di tempat keempat pelumba keseluruhan, yang diketuai Rosberg dengan 35 mata.

F1, Ferrari, Fernando Alonso, Rosberg

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain