suria

Enam Atlet Pelapis Tempah Tiket Ke Sukan Komanwel 2014

Clement antara enam atlet pelapis yang layak beraksi pada Sukan Komanwel tahun ini.

KUALA LUMPUR:  Majlis Sukan Negara (MSN) mengesahkan enam atlet pelapis kebangsaan layak beraksi di Sukan Komanwel 2014, yang dijadualkan berlangsung pada 23 Julai hingga 3 Ogos di Glasgow, Scotland.

Pengarah Cawangan Pelapis MSN, Jefri Ngadirin berkata empat daripada atletpelapis yang layak itu adalah wakil daripada sukan menembak manakala dua lagi atlet adalah daripada sukan angkat berat.

"Kita telah menghantar atlet pelapis di beberapa kejohanan untuk melayakkan mereka ke Sukan Komanwel. Daripada kejohanan itu, enam atlet kita telah beraksi dengan baik dan melepasi kelayakkan yang seterusnya melayakkan mereka ke SukanKomawel 2014," katanya.

Beliau berkata atlet pelapis menembak, Mohd Lufthi Othman layak ke SukanKomanwel menerusi acara Rifle di Kejohanan Menembak Terbuka Selangor yang berlangsung Januari lalu.

Manakala tiga lagi rakannya, Siau Cuili, Zul Haziq Rosli dan Jasmi Mohd Zain berjaya menempatkan diri menerusi Kejohanan Piala Tun Tan Siew Sin yang berlangsung Februari lepas. 

Bagi sukan angkat berat, Constantine Clement berjaya menempah tiket ke Sukan Komanwel menerusi Kejohanan 16th Asian Youth Weightlifting awal Februari lalu yang berlangsung di Bangsaen, Thailand.

Rakannya, Mohd Hazril Huzairi Ramli pula berjaya melayakkan diri menerusi Kejohanan Angkat Berat Terbuka Kebangsaan, Februari lepas.

Jefri berkata kejayaan keenam-enam atlet pelapis meraih tiket ke SukanKomanwel, berpontensi untuk menambah pungutan pingat di temasya berprestij itu.

Sebagai persiapan menghadapi Sukan Komanwel, beliau berkata kesemua enamatlet pelapis yang layak bersama empat pelapis lain, akan menjalani latihan diGunung Jerai, Kedah bermula pada Rabu sehingga 23 April.

"Selepas menjalani latihan di Gunung Jerai, kita akan ke Bandung, Indonesiapula untuk menjalani latihan selama sebulan bermula 10 Jun," katanya.

Artikel Lain