suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Terbuka Sony: Williams Mara Ke Pusingan Ketiga

Aksi Williams ketika menentang Shvedova pada saingan kedua Terbuka Sony, Jumaat.

JAGUH tenis wanita  no.1 dunia, Serena Williams menang bergaya ke atas pemain Kazakhstan, Yaroslava Shvedova 7-6(9-7) 6-2 pada aksi kedua Terbuka Sony, Miami, Jumaat.

Enam kali bergelar juara pada kejohanan ini, Williams mengakui bukan mudah menumpaskan pemain di ranking ke-59 dunia itu.

"Dia dilihat telah mencuba sedaya upaya. Melakukan pukulan kuat, perlahan, dan segalanya.

"Saya juga ada melakukan kesilapan yang membuatkan saya lebih bermain berhati-hati selepas itu," katanya.

Williams bakal bertemu pemain Perancis Caroline Garcia yang mara ke pusingan ketiga dengan mengalahkan Klara Zakopalova dari Republic Czech 7-6 (7-3) 7-6 (7-3).

Selain itu, pemain pilihan keempat, Maria Sharapova yang tewas kepada Williams pada aksi akhir tahun lalu mempamerkan permainan mantap dengan mengetepikan pemain Jepun, Kurumi Nara 6-3 6-4.

Naib juara lima kali kejohanan ini bertekad mahu ke pentas akhir sekali lagi tahun ini, namun dijangkan tidak akan bertemu Williams kerana diundi dalam kumpulan yang sama.

"Sudah tentu saya mahu ke aksi akhir kerana saya saya pernah menjuarai kejohanan ini," katanya.

Artikel Lain