suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Piala FA: Tempo Punca Kekalahan - Pellegrini

Pellegrini menyalahkan tempo pemain-pemainnya yang menyebabkan mereka tewas kepada Wigan.
PENGURUS Manuel Pellegrini menafikan taktiknya yang menjadi punca kekalahan 2-1  Manchester City kepada Wigan pada saingan suku akhir Piala FA, Isnin.

"Saya yakin aksi babak pertama sangat teruk kerana kami tidak dapat bersaing dengan pasukan yang berada dalam prestasi baik ketika itu.

"Mereka menang lima perlawanan berturut-turut, jadi kami tahu bakal berdepan dengan pasukan sukar.

"Mungkin juga ketika itu kami  terlalu mengambil mudah dan seterusnya lambat bangkit untuk mengejar mereka.


"Kami tahu corak permainan Wigan; ia bukan masalah taktikal, ia adalah masalah tempo. Pada 35 minit terakhir perlawanan, mereka tetap bermain dengan gaya yang sama dan begitu juga kami.

"Kami mempunyai tiga atau empat peluang untuk menjaringkan gol. Apabila kami tidak mempuyai kekuatan yang sama dengan mereka, memang sukar untuk menang," katanya.

Manuel Pellegrini, Man City

Artikel Berikut

Artikel Lain