suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Barcelona Berhempas-Pulas Tanpa Messi Tewas 0-1 Kepada Athletic Bilbao

Lionel Messi
Lionel Messi
Lionel Messi

JUARA bertahan La Liga, Barcelona tewas untuk kali yang kedua berturut-turut kali ini di tangan Athletic Bilbao yang sekaligus menyaksikan betapa mereka terpaksa berhempas-pulas tanpa kelibat bintang Lionel Messi.

Penyerang Bilbao, Iker Muniain menjaringkan gol kemenangan itu pada minit yang ke-70.

Barcelona yang meletakkan bebanan yang begitu besar di bahu Neymar untuk mengalas tanggungjawab Messi gagal menemui sentuhan ajaib yang mereka harap-harapkan selama ini.

Dengan keputusan itu, Barcelona kini berkongsi sama mata dengan Atletico Madrid dan hanya tiga mata di hadapan musuh tradisi mereka, Real Madrid.

Ini adalah kekalahan pertama Barcelona dalam perlawanan liga setelah mencatat 13 kemenangan dan satu seri.

Lima hari yang lalu mereka tewas di tangan Ajax Amsterdam 1-2 dalam perlawanan peringkat kumpulan Piala Juara-Juara Eropah.

Sejak ketiadaan Messi akibat kecederaan panjang, pasukan bimbingan Gerardo Martino itu hanya menang sekali manakala tewas dua kali.

Athletic Bilbao: Iraizoz, Iraola, Gurpegui, Laporte, Balenziaga (Albizua, 82), Mikel Rico (San Jose, 88), Iturraspe, Susaeta, Ander Herrera, Muniain (Ibai Gomez, 86), Toquero.

Simpanan: Benat, De Marcos, Iago Herrerin, Guillermo.

Gol: Muniain 71.

Barcelona: Pinto, Montoya, Pique, Mascherano, Adriano, Sergio, Xavi (Sergi Roberto, 78), Iniesta (Pedro, 84), Fabregas, Alexis, Neymar.

Penonton: 35,000.

Artikel Berikut

Artikel Lain