suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Kelantan Muncul Juara Piala Presiden 2013

KOTA BHARU: Kelantan muncul juara perlawanan bola sepak Piala Presiden selepas mengalahkan Perak 2-1 di Stadium Sultan Muhammad Ke-IV di sini, malam Sabtu.

Jaringan pertama pasukan Kelantan disumbangkan Muhammad Raim Azmi pada minit ke-72 dan tiga minit kemudian pasukan pelawat menyamakan kedudukan melalui Khairul Asraf.

Penyerang Rozaimi Azwar yang dinobatkan sebagai pemain terbaik perlawanan, menjadi wira pasukan Kelantan apabila menjaringkan gol kemenangan pada minit ke-82.

Kelantan yang merupakan juara Piala Presiden pada 2011 manakala Perak sebagai juara bertahan tahun ini, saling berbalas serangan dengan banyak mendapat peluang namun gagal melakukan sebarang jaringan pada separuh masa pertama.

Pada separuh masa kedua, peluang menjaringkan gol lebih memihak kepada pasukan junior The Red Warriors (Kelantan). - BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain