suria

Pestabola Merdeka: Thailand Menang, Impian Singapura Ke Final Terkubur

Aksi pemain Thailand dan Singapura pada perlawanan bola sepak Pestabola Merdeka 2013 yang berlangsung di Stadium Darul Makmur pada Isnin. -foto S.S.KANESAN/The Star
Aksi pemain Thailand dan Singapura pada perlawanan bola sepak Pestabola Merdeka 2013 yang berlangsung di Stadium Darul Makmur pada Isnin. -foto S.S.KANESAN/The Star
Aksi pemain Thailand dan Singapura pada perlawanan bola sepak Pestabola Merdeka 2013 yang berlangsung di Stadium Darul Makmur pada Isnin. -foto S.S.KANESAN/The Star

KUANTAN: Pasukan Thailand meraih kemenangan pertama dengan menewaskan Singapura 1-0 pada aksi kedua Pestabola Merdeka 2013 di Stadium Darul Makmur, Isnin.

Selepas mencatat seri 1-1 pada perlawanan pertama bertemu Myanmar Sabtu lalu, skuad bimbingan Kairung Threejagsang bangkit mencuri mata dengan jaringan tunggal penyerang Pakorn Parmpak pada minit ke-34 apabila jaringan lintangnya gagal ditepis penjaga gol Singapura, Neezam Abdul Aziz.

Babak kedua permainan menyaksikan pasukan Kota Singa itu cuba bangkit namun gagal membolosi gawang lawan.

Sementara itu, jurulatih Singapura, V. sundram Moorthy diarah keluar daripada kotak pegawai pada minit ke-71 kerana dikatakan kerap membantah keputusan pengadil.

Kemenangan ini sekaligus memberi peluang kepada Thailand untuk meraih tempat ke final sekiranya skuad itu mengutip seri pada perlawanan ketiga bertemu Malaysia pada Rabu ini.

Namun sebaliknya berlaku kepada pasukan Singapura yang tewas dua kali dan hanya layak untuk merebut kedudukan ketiga atau keempat walaupun masih lagi berbaki satu perlawanan bertemu Myanmar.

Kairung berkata, semua pemain mengikut arahan dan bekerja keras pada permainan ini.

"Kami menang sebab mereka bekerja keras. Permainan agak perlahan berbanding ketika bertemu dengan Myanmar baru-baru ini kerana Singapura juga menampilan corak yang berbeza.

"Selepas ini kami akan bertemu Malaysia dan kami akan cuba mengutip mata, bukan hanya mahu mencatat seri," katanya pada sidang media selepas perlawanan.

Sementara itu, Sundram Moorthy mengakui pasukannya tewas kepada pemain-pemain yang lebih bagus.

"Kami bermain dengan pasukan yang lebih baik. Pada separuh masa kedua kami cuba mencuba menyamakan kedudukan, namun tidak berjaya.

"Thailand bertindak bagus dari segi pertahanan," jelasnya.

Mengenai tindakan diarah keluar daripada berada dalam kotak pegawai, Sundram Moorthy tidak pasti apa kesilapannya dan menunggu keputusan pegawai pertandingan.

Artikel Sebelum

Ukraine-England Terikat 0-0

Artikel Berikut

Acara Gusti Kembali Ke Olimpik

Artikel Lain