suria

Tenis Terbuka AS: Serena, Nadal Mara Ke Pusingan Ketiga

Serena Williams
Serena Williams
Serena Williams

PEMAIN no.1 dunia, Serena Williams menang mudah, 6-3 6-0 ke atas pemain Kazakhstan Galina Voskoboeva sekaligus mara ke pusingan ketiga Kejohanan Terbuka Amerika Syarikat awal pagi Jumaat.

"Saya hanya melakukan yang terbaik, seperti sebelum ini dengan menjadikan permainan yang lebih baik.

Pemenang 16 kali Grand Slam ini sepatutnya bermain pusingan kedua ini pada Rabu, namun ia terpaksa ditangguhkan kerana hujan.

Williams akan bertemu Yaroslava Shvedova dari (Kazakhstan) pada aksi Sabtu ini.

Selain itu, bintang Sepanyol, Rafael Nadal turut mempamerkan aksi mantap dengan mengetepikan Rogerio Dutra Silva (Brazil) 6-2 6-1 6-0.

Kemenangan itu terus membawa Nadal mara ke pusingan ketiga.

Nadal yang tidak beraksi pada kejohanan sama tahun lalu kerana kecederaan lutut bakal bertemu Ivan Dodig dari Croatia yang menang ke atas Nikolay Davydenko, (Russia) 6-1 6-4 6-4.

Artikel Lain