suria

Arsenal Tawar Newcastle £10 Juta Untuk Yohan Cabaye

Yohan Cabaye
Yohan Cabaye
Yohan Cabaye

SETELAH mengalami kekalahan yang memalukan 1-3 di tangan Aston Villa pada hari pembukaan Liga Perdana Inggeris, Arsenal secara rasmi telah mengemukakan bidaan kepada Newcastle United untuk membeli pemain antarabangsa Perancis, Yohan Cabaye.

Harga yang diletakkan ialah £10 juta tetapi menurut laporan portal berita The Guardian, bidaan tersebut akan ditolak oleh Newcastle.

Pemain itu sebelum ini telah dikaitkan dengan perpindahan dengan Manchester United, Paris Saint-Germain dan Monaco muncul sebagai pembida utama.

Namun sehingga musim baru bermula pada hujung minggu lalu, tiada apa yang menjadi kenyataan buat pemain berusia 27 tahun itu.

Adalah difahamkan, Newcastle hanya akan menjual pemain berkenaan jika ada kelab yang menawarkan £20 juta untuk Cabaye.

Cabaye menyertai Newcastle dua tahun yang lalu dan masih memiliki baki kontrak selama tiga tahun lalu.

Arsenal, Newcastle, Yohan Cabaye

Artikel Lain