suria

Aminuddin Dilantik Bendahari, Setiausaha KFA

ALOR SETAR: Exco kerajaan negeri Aminuddin Omar pada Selasa dilantik sebagai Bendaharai dan Setiausaha Kehormat Persatuan Bola Sepak Kedah (KFA).

Pelantikan Aminuddin, yang merupakan exco Belia dan Sukan, Kesenian, Kebudayaan dan Warisan, Badan-Badan Bukan Kerajaan (NGO), diumumkan oleh Menteri Besar Kedah Datuk Mukhriz Tun Dr Mahathir, selaku Presiden KFA.

Dalam kenyataan di sini, Mukhriz turut mengumumkan pelantikan Ketua Penolong Setiausaha Kerajaan Negeri (Bahagian Perumahan) Syed Khairol Anuar Syed Abidin sebagai Penolong Setiausaha Kehormat KFA.

Pelantikan Aminuddin dan Syed Khairol Anuar berkuatkuasa pada Selasa. - BERNAMA

Artikel Lain