suria

Ryan Giggs Dilantik Pemain-Jurulatih Di Manchester United

Ryan Giggs. Foto REUTERS
Ryan Giggs. Foto REUTERS
Ryan Giggs. Foto REUTERS

PEMAIN tengah, Ryan Giggs telah dilantik sebagai pemain-jurulatih di Manchester United, kata juara pasukan Inggeris itu pada Khamis.

Giggs, 39, menandatangani perjanjian lanjutan setahun bagi kontrak permainannya pada Mac dan akan menggabungkan tugas barunya bersama sebagai seorang pemain dalam skuad pasukan pertama itu.

“Saya berbesar hati apabila Ryan menerima peluang untuk menjadi jurulatih pemain. Kejayaan dan keupayaan beliau untuk mengadaptasi permainannya sejak beberapa tahun memberikan beliau satu perspektif dalam permainan baru yang tiada bandingannya,” kata pengurus, David Moyes dalam satu kenyataan.

“Kerjaya beliau merupakan satu contoh kepada pemain-pemain muda yang beraspirasi dan saya pasti beliau dan para pemain akan mendapat manfaat daripada peranan baru beliau.”

Giggs, yang merupakan bekas pemain Welsh memulakan kemunculannya untuk United pada Mac 1991 adalah seorang pemain yang berprestasi dalam bola sepak Inggeris dengan antara medal kemenangannya adalah menerusi Liga Perdana sebanyak 13 kali, empat dalam Piala FA dan dua dalam Liga Juara-Juara.

“Ia merupakan satu hak istimewa yang amat baik apabila dilantik sebagai seorang jurulatih pemain. Saya harap saya boleh membawa pengalaman saya untuk dikongsi, dengan berada sebagai seorang pemain dan sebahagian daripada keluarga Manchester United sejak lama,” kata Giggs.

“Ia bukan satu rahsia apabila saya mengambil kelayakan (melatih) dan saya melihat ia sebagai langkah pertama dalam kerjaya saya pada masa depan. Saya begitu teruja untuk bekerja bersama dengan David dan pasukan.” - REUTERS

Artikel Lain