suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Tiada Perjanjian Dengan City - Pellegrini

Pellegrini nafi akan berpindah ke Manchester City musim depan.
Pellegrini nafi akan berpindah ke Manchester City musim depan.
Pellegrini nafi akan berpindah ke Manchester City musim depan.

JURULATIH Malaga, Manuel Pellegrini menafikan telah mencapai persetujuan bagi jawatan sebagai pengurus di Manchester City.

Laporan mengenai jurulatih dari Chile itu bakal menggantikan tempat Roberto Mancini heboh diperkatakan selepas Manchester City memecat jurulatih Itali tersebut.

Pemecatan Mancini awal pagi Selasa dilaporkan akibat persembahan buruk skuadnya itu musim ini, lebih-lebih lagi tewas pada aksi akhir Piala FA di tangan Wigan pada Isnin.

Bagaimapun Pellegrini mengakui dia tidak ada sebarang perjanjian dengan kelab itu untuk musim depan dan buat masa ini hanya akan memberi fokus membantu Malaga berada dalam situasi selamat ke Liga Europa musim depan.

"Di sini saya menafikan laporan akan menjadi jurulatih baru di Manchester City, saya tidak menandatangani sebarang perjanjian dengan sesiapa," jelasnya.

"Saya cukup gembira dan berbangga setiap kelab besar mempunyai minat terhadap saya.

"Saya mempunyai perjanjian dengan Malaga agar tidak bercakap dengan sesiapa dan tiada apa yang dipersetujui dengan kelab lain.

"Saya harap isu ini akan berkurangan yang mana masa depan masih di kelab ini."

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain