Sah! David Moyes Pengurus Baru Manchester United

David Moyes sah akan menjadi pengurus pasukan Manchester United berkuat kuasa 1 Julai ini
 David Moyes sah akan menjadi pengurus pasukan Manchester United berkuat kuasa 1 Julai ini
David Moyes sah akan menjadi pengurus pasukan Manchester United berkuat kuasa 1 Julai ini

LONDON: David Moyes telah dinamakan sebagai Pengurus Pasukan Manchester United dengan mengikat kontrak selama enam tahun bermula 1 Julai ini.

Pada Rabu, Alex Ferguson telah menyatakan hasratnya untuk bersara daripada jawatannya selepas 27 tahun bersama United di Old Trafford.

Ferguson turut mengumumkan nama Moyes sebagai penggantinya.

"Ketika kami membincangkan mengenai calon pengganti kami fikir bahawa individu paling sesuai dan kami semua setuju sebulat suara ialah David Moyes.

"David seorang yang mempunyai integriti dengan etika kerja yang bagus," kata Ferguson dalam satu kenyataan.

Ferguson berkata beliau sangat mengagumi cara pengurusan Moyes dan pernah menyapanya pada 1998.

"Saya mengagumi kerjanya sejak dahulu dan pernah menyapa dia pada 1998 untuk membincangkan mengenai jawatan Pembantu Pengurus Pasukan di sini.

"Dia memulakan kerjayanyan pada usia yang sangat muda dan dia telah melaksanakan tugas yang mengagumkan di Everton," katanya.

Ferguson berkata tidak timbul persoalan berbangkit mengenai kualiti yang diharapkan daripada pengurus pasukan kelab berkenaan.

Terdahulu, Moyes 50, tidak akan menyambung kontraknya dengan Everton yang akan tamat pada penghujung musim ini sekaligus menguatkan spekulasi beliauj akan berhijrah ke Old Trafford.

Bobby Charlton berkata: "Saya sering berkata bahawa kami mahukan pengurs pasukan selepas ini merupakan orang yang betul-betul sayang akan United."

David, yang telah bersama Everton sejak 2002, merupakan pilihan utama bagi mengisi jawatan Pengurus Pasukan United ekoran pengumuman Ferguson untuk bersara pada akhir musim selepas berjaya memenangi 13 gelaran juara liga, lima kejuaraan Piala FA dan dua kali merangkul kejuaraan dalam Piala Liga Juara-Juara.

"Everton boleh mengesahkan bahawa David Moyes akan meninggalkan kelab ini pada penghujung musim.

"Pengurus pasukan itu telah bertemu dengan Pengerusi Bill Kenwright petang semalam dan mengesahkan hasratnya untuk menyertai Manchester United," katanya.

Menurut kenyataan itu lagi, pengerusi kelab, merakamkan penghargaan terhadap pencapaian kelab di bawah pimpinan David serta sumbangannya terhadap Everton sejak dia bersama mereka pada Mac 2002.

"Dia merupakan pengurus pasukan yang hebat. David telah mengetuai pasukan dalam hampir 500 perlawanan termasuk empat kejohanan di Eropah.

"Dua perlawanan terakhir beliau sebagai Pengurus Everton ialah dalam Liga Perdana Inggeris iaitu perlawanan menentang West Ham dan Chelsea.

"Wakil Everton akan mencari pengganti bagi jawatan pengurus pasukan segera," menurut kenyataan tersebut.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Klik

Sedih tak dapat beraya di kampung? Jom hidupkan suasana raya, menu Syawal boleh dihidang di mana-mana... Pek Ceria Raya kan ada!

TAK dapat balik kampung! Barangkali begitulah yang luahan dan keluhan kebanyakan kita yang menyambut 1 Syawal kali ini.

Semuanya di hujung jari anda... bawakan senyuman buat mereka yang kurang bernasib baik, itulah kempen Raya HLB

HONG Leong Bank dan Hong Leong Islamic Bank (HLB atau Bank) memperkenalkan kempen 'Jauh Di Mata, Dekat Di Hati' sebagai salah satu usaha membantu golongan kurang bernasib baik.

Tak ada idea nak masak apa? Ini 5 program memasak menarik untuk anda tune in, no.2 paling kecoh!

LIMA program masakan terbaik yang boleh anda tonton secara streaming di Astro GO

Jom senyum bersama tersayang sambil menonton banyak pilihan prabayar sepanjang Ramadan, Syawal... hanya di NJOI Prepaid!

TIGA pilihan pek baharu bersama 16 saluran ala-carte untuk pelanggan NJOI sepanjang Syawal ini.

Artikel Lain