suria

Bayern Mara Ke Separuh Akhir Liga Juara-Juara

Penyerang Mario Mandzukic menjaringkan gol pertama untuk Bayern Munich ketika menentang Juventus di Turin, Itali, awal pagi Khamis.
Penyerang Mario Mandzukic menjaringkan gol pertama untuk Bayern Munich ketika menentang Juventus di Turin, Itali, awal pagi Khamis.
Penyerang Mario Mandzukic menjaringkan gol pertama untuk Bayern Munich ketika menentang Juventus di Turin, Itali, awal pagi Khamis.

TURIN: Bayern Munich mengharungi asakan awal Juventus sebelum Mario Mandzukic menanduk masuk gol pada babak kedua bagi membantu kelab Jerman itu mengatasi pesaing dari Itali itu 2-0 pada perlawanan suku akhir kedua Liga Juara-juara.

Kemenangan itu sekali gus membawa Bayern ke peringkat separuh akhir.

Juventus yang memburu defisit dua gol pada suku akhir pusingan pertama mendapat sokongan padu penyokongnya tetapi menemui jalan buntu untuk merobek pertahanan juara Bundesliga itu.

Kedua-dua pasukan membuat percubaan berbahaya tetapi terkena palang sebelum penyerang kelahiran Croatia, Mandzukic yang dilayangkan kad kuning menanduk masuk hasil sepakan percuma pada minit ke-64.

Mandzukic bakal terlepas peluang beraksi pada separuh akhir selepas menerima kad kuning pada perlawanan itu.

Gol tersebut menambah derita Juventus yang terpaksa mencari penyudah berbisa untuk menjaringkan empat gol.

Tuah ternyata berpihak kepada Bayern apabila pemain gantian, Claudio Pizarro menyumbat gol kedua pada masa kecederaan.

"Kami bermain dengan baik sama seperti ketika di Munich. Memang keadaan menarik dan bukan mudah serta kami perlu kawal perasaan.

"Saya gembira kerana dapat menjaringkan gol tetapi lebih gembira kerana dapat mara ke separuh akhir. Tapi kami belum sampai ke sana lagi," kata Mandzukic.

Bayern, naib juara kejohanan itu musim lalu, kini mengiringi Borussia Dortmund dan dua kelab handalan Sepanyol, Barcelona dan Real Madrid pada peringkat separuh akhir.

Barisan Pemain:

Juventus: Buffon; Barzagli, Bonucci, Chiellini; Padoin, Pogba, Pirlo, Marchisio, Asamoah; Vucinic, Quagliarella.(Pemain gantian: Storari, Caceres, De Ceglie, Peluso, Giaccherini, Matri, Isla).

Bayern Munich: Neuer; Lahm, Dante, Van Buyten, Alaba; Schweinsteiger, Javi Martinez; Robben, T Muller, Ribery; Mandzukic. (Pemain gantian: Starke, Rafinha, Boateng, Shaqiri, Luiz Gustavo, Pizarro, Gomez).

Venue: Stadium Juventus

Artikel Lain