FAM Minta Media Tempatan Hati-Hati Buat Laporan Mengenai Tunku Mahkota Johor

KUALA LUMPUR: Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) meminta media tempatan supaya berhati-hati ketika membuat laporan berkenaan Presiden Persatuan Bola Sepak Negeri Johor (PBNJ) Tunku Ismail Sultan Ibrahim yang merupakan Tunku Mahkota Johor.

FAM dalam satu kenyataan berkata segala laporan mengenai baginda perlu dirujuk terlebih dahulu kepada Istana Johor selepas menerima arahan sedemikian,Isnin.

Sejak kebelakangan ini FAM mendapati banyak laporan media tempatan yang membawa andaian tidak berasas mengenai isu tertentu dalam bola sepak tempatan.

"Malahan didapati segelintir akhbar yang sama sering membuat laporan yang berbentuk spekulatif ini. Laporan sedemikian menimbulkan suasana yang tidak sihat dalam bola sepak negara," menurut kenyataan itu.

Tunku Ismail sebelum ini digantung enam bulan dan didenda sebanyak RM18,000 oleh Jawatankuasa Tatatertib FAM kerana mengkritik mutu pengadilan Liga Malaysia dan hukuman itu berkuat kuasa sejak 8 Mac lepas.

Baginda turut dipalit kontroversi terbaru selepas didakwa duduk di bangku simpanan pemain sewaktu aksi Liga Super antara Johor Darul Takzim FC (JDT FC) menentang Terengganu di Stadium Tan Sri Hassan Yunos, Larkin pada 30 Mac lepas ketika hukuman berkenaan masih berkuat kuasa.

Pada Rabu lepas Tunku Ismail memutuskan untuk meletak jawatan selaku Presiden PBNJ dan keputusan itu diperkenan Sultan Johor Sultan Ibrahim Sultan Iskandar.

Baginda dikatakan berbuat demikian kerana mahu menumpukan tugas selaku Tunku Mahkota Johor dan tidak mahu terikat dengan undang-undang FAM.

Tunku Ismail turut mengumumkan bahawa baginda akan menjadi penaung PBNJ manakala jawatan Presiden PBNJ akan disandang Setiausaha Kerajaan Negeri Johor Datuk Obet Tawil.- BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Klik

Covid-19 bukan sekadar pandemik, buktikan kepentingan dunia digital... dorong MYNIC lebih rancak bantu bisnes online

MYNIC menawarkan program latihan pemasaran digital, dengan membawa perniagaan luar talian ke dalam talian dan seterusnya menghadapi pasaran ekonomi digital global.

TVET ada potensi besar untuk kerjaya masa depan, ini lepasan SPM perlu tahu untuk jadi graduan ‘terhangat di pasaran’

HEBAT calon-calon SPM tahun 2019 apabila pencapaian mereka lebih baik berbanding tahun sebelumnya.

Duka Covid-19 seakan terubat, TNB sinari hidup golongan memerlukan, agih zakat cecah RM4.36 juta

TNB tampil dengan inisiatif perkongsian rezeki melalui pengagihan wang wakalah zakatnya ke seluruh pelusuk tanah air.

Ketahui 7 cara mudah sediakan makanan di rumah

SEBENARNYA tak susah untuk menaik taraf ruang peribadi anda terutamanya dapur bagi memudahkan dan melancarkan hari-hari anda di rumah.

Berkongsi rezeki... itulah maksud di sebalik amalan membayar cukai

HARI ini, Malaysia dilanda krisis pandemik Covid-19 yang telah memberi banyak kesan kepada semua lapisan masyarakat.

Artikel Lain