suria

Zulfahmi Sedia Hadapi Saingan Moto3 Bersama Pasukan Baru

Zulfahmi menerima jaket daripada Ketua Pegawai Eksekutif AirAsia Aireen Omar pada majlis meraikan beliau oleh salah satu penajanya, AirAsia. -fotoBERNAMA

KUALA LUMPUR: Pelumba Moto3 negara Muhammad Zulfahmi Khairuddin sudah bersedia menghadapi musim baharu perlumbaan MotoGP Dunia 2013 bersama Red Bull KTM Ajo.

Pelumba berusia 21 tahun itu akan berganding dengan naib juara musim 2012 Luis Salom dari Sepanyol dan pelumba Australia Arthur Sissis dalam menggalas cabaran pasukan itu pada musim ini.

"Setakat ini boleh dikatakan 90 peratus jentera saya sudah bersedia. Bagi diri saya sendiri, saya sudah bersedia sepenuhnya untuk menghadapi musim ini," katanya ketika ditemui pada majlis meraikan beliau oleh salah satu penajanya, AirAsia, di sini, Rabu.

AirAsia mula menaja pelumba itu sejak beliau mula melibatkan diri dalam perlumbaan MotoGP Dunia pada 2009.

Zulfahmi berkata tumpuannya terarah kepada perlumbaan pembuka tirai di Grand Prix Qatar di Litar Losail dari 4 hingga 7 April ini.

Grand Prix Malaysia pula akan berlangsung pada 13 Okt ini iaitu perlumbaan ke-15 daripada 18 pusingan keseluruhan MotoGO dunia 2013.

Zulfahmi berkata perlumbaan pembuka tirai adalah penting dan sukar kerana tidak dapar mengetahui kekuatan pasukan lawan serta kemampuan jentera perlumbaan.

Beliau, yang akan ke Sepanyol hari ini, berkata pasukannya akan cuba mempertingkatkan lagi keupayaan jentera pada sesi ujian rasmi di Litar Jerez di Sepanyol. Zulfahmi, anak muda kelahiran Banting, Selangor itu dua kali menaiki podium musim lepas selepas menduduki tempat kedua pada Grand Prix Malaysia dan tempat ketiga pada Grand Prix Valencia. - BERNAMA

Artikel Lain