suria

Wozniacki Yakin Berpeluang Juarai Terbuka Malaysia BMW

KUALA LUMPUR: Bekas pemain wanita nombor satu dunia Caroline Wozniacki yakin beliau mempunyai peluang yang cerah untuk merangkul kejuaraan Terbuka Malaysia BWM di Kelab Golf Diraja Selangor, yang bermula Isnin dan berakhir 3 Mac.

Kini di kedudukan ke-10 ranking dunia, Wozniacki yang bakal membuat penampilan sulung pada kejohanan itu, berkata permainannya bertambah baik setiap tahun dan beliau yakin boleh merampas semula gelaran pemain nombor satu dunia pada tahun ini.

"Bagaimanapun, fokus saya kini ialah memenangi Terbuka Malaysia meskipun saya tahu setiap pemain membuat persediaan rapi untuk kejohanan ini," katanya kepada pemberita di sini Isnin.

Sejak penampilan sulung pada Persatuan Tenis Wanita (WTA) pada 2005, Wozniacki memperbaiki kedudukan beliau dalam ranking pada setiap hujung tahun sehingga berada di tempat teratas pada 2010 dan 2011 serta memenangi 20 kejohanan perseorangan setakat Oktober 2012, iaitu masing-masing tiga pada 2008 dan 2009, masing-masing enam pada 2010 dan 2011, dan dua pada 2012.

Wozniacki berkata beliau sentiasa bekerja keras untuk berada di kalangan pemain terbaik dunia. - BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Lain