suria

Atlet Berbasikal T'ganu Dipanggil Sertai Kejohanan Di New Delhi

KUALA TERENGGANU: Persatuan Berbasikal Kebangsaan (PKBM) memilih 11 pelumba Terengganu termasuk dua pelumba wanita untuk mewakili negara pada Kejohanan Berbasikal Asia di New Delhi, India pada 12 Mac depan.

Jurulatih Persatuan Lumba Basikal Terengganu, Syed Mohd Hussaini Syed Mazlan berkata mereka adalah antara 40 pelumba yang dipanggil mewakili negara dalam kejohanan selama seminggu itu.

Mereka terdiri daripada Mohd Abdul Hakimi Hamid dan Abdul Aziz Zahid (acara lebuhraya junior), Mohd Hafiq Huzni Othman, Mohd Irwandi Lakeset dan Mohd Naim Asraf Ying (lebuhraya senior), Sofian Nabil Umar Bakri, Adiq Husaini Othman, (masing-masing acara trek dan lebuhraya bawah 23), serta pelumba adik beradik, Haris dan Zamri Saleh (acara trek dan lebuhraya elit).

Sementara dua pelumba wanita yang akan menyertai acara trek dan lebuhraya Umi Hamimah Ahmad dan Nurul Shuhada Zainal.

Mereka sedang mengikuti latihan di sini dan Kuala Lumpur.

Syed Mohd Hussaini juga berkata, dua pelumba Terengganu turut dipilih untuk mewakili pasukan kebangsaan ke kejohanan Le Tour de Langkawi edisi ke-18 yang akan bermula dari 22 Februari hingga 2 Mac ini.

Mereka ialah Yusliza Yusof dan Mohd Zulhilmi Hafiz Ahmad Zamri. - BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Keputusan Liga Juara-Juara Eropah

Artikel Lain