suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Juara Bertahan Beng Hee Mara Ke Suku Akhir Di Terbuka Motor City

KUALA LUMPUR: Juara bertahan Ong Beng Hee layak ke suku akhir Kejohanan Skuasy Terbuka Motor City di Detroit, Amerika Syarikat, Sabtu.

Pada saingan di Birmingham Atletic Club, Beng Hee bangkit semula selepas ketinggalan satu set untuk mengalahkan Ryan Cuskelly dari Australia dengan keputusan 6-11, 14-12, 11-7, 12-10.

Menurut laman web kejohanan itu, Beng Hee, 32, akan menentang pemain pilihan utama, Mohamed El-Shorbagy dari Mesir pada perlawanan suku akhir esok.

Pemain Mesir itu melangkah ke suku akhir apabila mengalahkan pemain daripada pusingan kelayakan, Abdullah Al-Mezayen dari Kuwait dengan keputusan 11-9, 11-6 dan 11-5. BERNAMA

Artikel Berikut

Azarenka Juara Terbuka Australia

Artikel Lain