suria

Azarenka Juara Terbuka Australia

Azarenka menangis kegembiraan selepas menewaskan lawannya, Li Na dalam aksi penuh dramatik.
Azarenka menangis kegembiraan selepas menewaskan lawannya, Li Na dalam aksi penuh dramatik.
Azarenka menangis kegembiraan selepas menewaskan lawannya, Li Na dalam aksi penuh dramatik.

MELBOURNE: Pemain tenis wanita nombor satu dunia, Victoria Azarenka dari Belarus muncul juara Terbuka Australia dengan menewaskan Li Na dari China 4-6,6-4,6-3 dalam perlawanan yang berlangsung sengit selama dua jam 40 minit.

Perlawanan final di gelanggang utama Melbourne Park itu penuh dramatik apabila Li Na tersungkur dua kali manakala Azarenka turut menerima rawatan akibat kecederaan.

Set awal nyata berpihak kepada Li Na yang juga pemain pilihan keenam, namun Azarenka yang juga penyandang juara bangkit selepas Li Na terseliuh buku lali kaki kanannya.

Azarenka terus mengekalkan rentak permainan konsisten dengan menguasai set kedua dan ketiga sekaligus mempertahankan kejuaraan dalam kejohanan itu.

Kemenangan itu juga membolehkan Azarenka mengekalkan ranking No.1 dunia.

Artikel Berikut

Azarenka Juara Terbuka Australia

Artikel Lain