Sunderland Buru Khidmat Cahill - Sukan | mStar

Sunderland Buru Khidmat Cahill

Tim Cahill kini menjadi buruan Sunderland ketika pintu perpindahan pemain dibuka semula, Januari depan.
Tim Cahill kini menjadi buruan Sunderland ketika pintu perpindahan pemain dibuka semula, Januari depan.

LONDON: Pengurus Sunderland Martin O'Neill berhasrat mendapatkan khidmat pemain tengah Tim Cahill untuk beraksi bersama kelab tersebut ketika musim rehat saingan MLS di Amerika Syarikat (AS).

O'Neill ingin memperkuat jentera serangan pasukan itu ketika pintu perpindahan pemain dibuka semula Januari depan.

Bekas bintang Everton itu yang kini beraksi bersama New York Red Bulls antara pemain yang dilihat berupaya membantu pasukan tersebut buat sementara waktu.

Pemain kebangsaan Australia berusia 33 tahun itu menjaringkan 68 gol dalam 278 penampilan bersama Everton selama lapan musim sebelum berhijrah ke AS musim panas lalu.

Cahill turut beraksi cemerlang dengan menjaringkan tujuh gol dalam 14 penampilan ketika menentang Sunderland sebelum ini.

Sunderland , Martin ONeill , MLS

Artikel Sebelum

Nani Tetap Kekal Di Old Trafford - Ferguson

Artikel Berikut

Djokovic Juara Tenis Dunia Mubadala

Lebih Artikel

Kematian kanggaru 'sado' ditangisi