suria

Djokovic Juara Tenis Dunia Mubadala

ABU DHABI: Novak Djokovic (gambar) beraksi dengan penuh bergaya selepas menewaskan Nicolas Almagro 6-7 (4/7), 6-3, 6-4 pada perlawanan akhir Kejohanan Tenis Dunia Mubadala.

Pemain kelahiran Serbia itu mempamerkan persembahan mantap pada saingan separuh akhir pada Jumaat apabila menumpaskan pemain No.5 David Ferrer dengan straight set.

Manakala Almagro yang menggantikan tempat Rafael Nadal yang menarik diri akibat kecederaan ditewaskan Janko Tipsarevic.

"Ia merupakan pengalaman menakjubkan sekali lagi untuk beraksi di Abu Dhabi. Ia kejohanan yang bagus, anda sentiasa mendapat tentangan sengit daripada lawan yang hebat dan kehadiran penyokong yang ramai," kata pemain No.1 dunia itu.

Sementara itu, Almagro berkata, dia berterima kasih kepada pihak penganjur kerana menghubunginya pada saat akhir untuk beraksi di sini.

Perlawanan penentuan tempat ketiga dimulakan lebih awal dan dimenangi oleh pemain Sepanyol, Ferrer yang berjaya menewaskan Tipsarevic dari Serbia 7-6 (7/4), 6-2.

Kesemua empat pemain itu akan berlepas ke Australia untuk melengkapkan persediaan menjelang kejohanan Terbuka Australia yang akan diadakan di Melbourne pada 14 Januari depan.

Djokovic menjadi tumpuan utama dalam usahanya untuk mempertahankan kejuaraan yang dimenangi tahun lalu.

Artikel Sebelum

Sunderland Buru Khidmat Cahill

Artikel Berikut

Artikel Lain