suria

Gol Lampard Padam Rekod Tanpa Kalah Everton Di Gelanggang Sendiri

Lampard menjaringkan dua gol ke atas Everton.
Lampard menjaringkan dua gol ke atas Everton.
Lampard menjaringkan dua gol ke atas Everton.

LONDON: Chelsea menamatkan rekod tanpa kalah Everton di gelanggang sendiri dengan kemenangan 2-1 menerusi jaringan pemain tengah Frank Lampard pada minit ke-42 dan 72.

Everton membuka jaringan awal pada minit kedua menerusi jaringan Steven Pienaar tetapi Lampard berjaya menyamakan kedudukan tiga minit sebelum tamat babak pertama.

Benitez melakukan tiga pertukaran daripada skuad yang diturunkan dalam aksi Boxing Day ketika menang ke atas Norwich dengan menurunkan Ramires, Lampard dan Eden Hazard.

Manakala David Moyes melakukan dua pertukaran dengan menurunkan John Heitinga dan Steven Naismith menggantikan Phil Neville dan Darron Gibson yang mengalami kecederaan.

Kemenangan itu membolehkan Chelsea memintas Tottenham untuk mengisi tempat ketiga liga.

Artikel Sebelum

Sunderland Buru Khidmat Cahill

Artikel Berikut

Artikel Lain