suria

F1: Boullier Yakin Pasukan Lotus Lebih Mantap 2013

BOS Lotus, Eric Boullier (gambar) yakin pasukannya bakal menghasilkan keputusan yang lebih baik pada kempen Formula Satu (F1) tahun depan.

Boullier menekankan bahawa perancangan rapi sedang dijalankan termasuk persediaan pemandu, pasukan teknikal yang lebih baik.

"Saya berasa teruja untuk memulakan musim baru ini dengan jentera yang sama kami gunakan musim lalu.

"Sata tahu kedua-dua pelumba saya (Kimi Raikkonen dan Romain Grosjean) akan beraksi dengan lebih cemerlang.

"Walaupun musim lalu pasukan saya sedikit hilang fokus, tetapi kini kami tahu sebabnya dan kenapa ia berlaku.

"Kami belajar daripada kesilapan dan telah mengkaji pelbagai aspek.

"Saya positif tetapi tetap berhati-hati. Kita tidak tahu mengenai perancangan pasukan lain," jelasnya dalam satu kenyataan.

Lotus, Eric Boullier, Formula Satu F1

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain