suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Azizulhasni, Fatehah Dipilih Olahragawan Dan Olahragawati Terengganu

KUALA TERENGGANU: Dua pelumba berbasikal trek negara, Mohd Azizulhasni Awang dan Fatehah Mustapa dinobat sebagai Olahragawan dan Olahragawati Terengganu 2011/2012.

Ini merupakan kali ketiga berturut-turut mereka dinobatkan.

Mereka menerima anugerah daripada Sultan Mizan Zainal Abidin dalam satu majlis di sini malam tadi.

Kedua-duanya menerima RM7,000 setiap seorang serta lain-lain hadiah.

Sementara itu pemanah Khairul Anuar Mohamad dan Nurul Syafiqah Hashim, masing-masing dinobat sebagai Olahragawan dan Olahragawati Harapan.

Mereka yang beraksi di Sukan Olimpik London, menerima hadiah wang tunai RM3,000 setiap seorang yang disampaikan Menteri Besar Datuk Seri Ahmad Said.

Presiden Persatuan Sepak Takraw Negeri Terengganu, Mohd Shapian Ali pula menerima anugerah Tokoh Sukan dan Chee Geok Song dari sukan hoki wanita, dipilih Tokoh Kepimpinan Sukan Terbaik.

Keputusan lain:

Pasukan Terbaik Wanita (hoki wanita)

Pasukan Terbaik Lelaki (sepak takraw)

Jurulatih Terbaik, Syed Mohd Hussaini Syed Mazlan (berbasikal)

Anugerah Pegawai Teknikal, Mohd Radzi Mat Data (kenu)

Anugerah Khas Paralimpik, Mohamad Azwa Bakar (pingpong)

Anugerah Khas Atlet Terkemuka Kebangsaan, Nuramalia Haneesha Nazlan (memanah).-BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain