suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Wenger Tetap Tenang Selepas Tewas Suku Akhir Piala Liga

Arsene Wenger
Arsene Wenger
Arsene Wenger

PENGURUS Arsenal, Arsene Wenger tetap tenang meskipun skuad The Gunners tewas 2-3 kepada Bradford menerusi penentuan sepakan penalti pada aksi suku akhir Piala Liga pada Rabu.

"Secara keseluruhannya, saya tidak boleh menyalahkan para pemain. Ia adalah satu perlawanan tradisi dan Bradford lebih baik daripada kami.

"Bradford bertahan dengan baik dan beraksi dengan kemas. Kami tidak mendapat banyak peluang.

"Apabila perlawanan ditentukan menerusi sepakan penalti, kamu tidak tahu apa yang akan berlaku. Apabila kamu gagal menyempurnakan sepakan pertama, sudah tentu situasi menjadi sukar.

"Kami tewas menerusi sepakan penalti menentang sebuah pasukan yang bertahan dengan baik.

"Saya tidak boleh menyalahkan kekalahan ini kepada pasukan dan kamu perlu memberi kredit kepada Bradford," jelasnya.

Rekod buruk ini terus menjadi tanda tanya kepada Wenger selepas gagal memenangi sebarang trofi sepanjang lapan tahun ini.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain