suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Tindakan FAT Sedia Padang Latihan Buruk Tidak Wajar - Azzuddin

KUALA LUMPUR: Tindakan Persatuan Bola Sepak Thailand (FAT) menyediakan padang awam yang kurang sempurna kepada skuad Harimau Malaya untuk menjalani latihan menjelang saingan separuh akhir kedua Piala AFF Suzuki di Bangkok pada Rabu, adalah sesuatu yang tidak wajar.

Setiausaha Agung Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) Datuk Azzuddin Ahmad berkata ini tidak sepatutnya berlaku memandangkan pasukan Thailand menerima layanan 'lima bintang' ketika berkunjung ke ibu negara untuk perlawanan separuh akhir pertama Ahad lepas.

"Bagi saya, adalah tidak wajar kepada mana-mana pasukan (termasuk Thailand) menyediakan padang latihan yang tidak memenuhi spesifikasi ditetapkan (Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (Fifa)).

"Kami melayan mereka dengan kemudahan terbaik ketika mereka berkunjung ke sini namun layanan sebaliknya diterima oleh pasukan kebangsaan," katanya ketika dihubungi Bernama pada Rabu.

Semalam, anak buah Datuk K.Rajagobal terpaksa menjalani latihan di padang awam Jaran Buraprat yang disifatkan sebagai 'sawah padi' kerana permukaan padang yang becak dan boleh mengundang kecederaan kepada pemain.

Selain itu, FAT turut dilapor tidak menyediakan bilik persalinan kepada pasukan Malaysia selepas sesi latihan tamat.

Azzuddin berkata pihaknya akan menunggu laporan yang dibuat pengurus pasukan kebangsaan Datuk Seri Subahan Kamal kepada FAT dan Sekretariat Persekutuan Bola Sepak Asean (AFF) sebelum mengambil tindakan lanjut.

"Bagaimanapun, kami tidak mahu memanjangkan isu ini kerana tidak mahu mengganggu persiapan skuad kebangsaan dalam menghadapi perlawanan malam esok," katanya.

Separuh akhir kedua Piala AFF Suzuki antara Malaysia dan Thailand yang dikenali sebagai 'Changsuk' (Gajah Perang) akan berlangsung di Stadium Supachalasai, Bangkok.

Kedua-dua pasukan terikat 1-1 pada aksi separuh akhir pertama di Stadium Nasional, Bukit Jalil pada Ahad lepas.

Pemenang perlawanan ini akan menentang Singapura atau Filipina pada perlawanan akhir yang dijadual pada 19 dan 22 Dis. BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain