suria

Polis Siasat kehilangan Adik Hulk

Hulk telah dimaklumkan mengenai kehilangan adiknya, Sousa.
Hulk telah dimaklumkan mengenai kehilangan adiknya, Sousa.
Hulk telah dimaklumkan mengenai kehilangan adiknya, Sousa.

POLIS Brazil berkata, pihaknya sedang menyiasat kemungkinan berlaku penculikan kepada adik perempuan penyerang bola sepak Brazil, Hulk.

Menurut kenyataan tersebut, Aparecida Vieira de Sousa,22, didapati hilang sejak Isnin lalu selepas meninggalkan restoran di Campina Grande.

Saksi yang bersamanya ketika itu telah memberitahu pihak polis bahawa Sousa telah diculik.

Pegawai Polis Campina Grande, Kalina Suerde memberitahu kepada media bahawa masih terlalu awal untuk membuat kenyataan sama ada Sousa diculik walaupun berita itu telah tersebar luas.

"Dia telah hilang. Tidak ada siapa yang melihat atau mengambilnya, namun kami tetap melihat laporan mengenai penculikan itu," katanya.

Sementara itu, ahli keluarga Sousa memberitahu tidak menerima apa-apa berita atau panggilan mengenai Sousa.

Namun pegawai penyiasat, Marcos Paulo berkata, ahli keluarga Sousa meminta pihaknya tidak mencampuri kes tersebut sekaligus menimbulkan tandatanya kepada pihak berkuasa.

"Kami sedang menyiasat, kemungkinan ada kes penculikan tetapi kami masih belum pasti," katanya.

Ini bukanlah kes penculikan pertama melibatkan pemain terkenal bolasepak Brazil.

Sebelum ini, pada tahun 1994, bapa kepada Romario turut dikurung selama tujuh hari sebelum dilepaskan tanpa sebarang kecederaan.

Manakala ibu kepada penyerang Brazil, Robinho turut diculik lebih sebulan pada tahun 2004 dan turut melibatkan ibu kepada Luis Fabiano.

Pada tahun 2005, ibu kepada bekas penyerang Brazil, Grafite turut diculik dan dijumpai beberapa hari selepas itu.

Kakak kepada bekas pemain Real Madrid, Ricardo Oliveira turut mengalami situasi cemas ini selepas diculik beberapa bulan pada tahun 2006.

Hulk,26, yang kini bermain untuk pasukan Zenit St.Petersburg selepas berpindah dari Porto pada September lalu dengan nilai perpindahahn 55 juta pound (RM270juta) sekaligus menjadi nilai tertinggi bagi pemain Brazil.

Polis berkata, Hulk turut dimaklumkan dengan kejadian ini, namun belum pasti sama ada dia telah kembali ke Brazil atau masih berada di Rusia.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain