suria

Dimension Data Taja Atlet Karom Negara

Caption: Hoi Ming (tengah) menyerahkan tajaan pakaian kepada Naib Presiden Persatuan Karom Malaysia, Samohan Md Kassim sebelum berangkat ke Sri Lanka esok. Turut kelihatan, pemain karom no 1 Malaysia, Christopher (kiri).
Caption: Hoi Ming (tengah) menyerahkan tajaan pakaian kepada Naib Presiden Persatuan Karom Malaysia, Samohan Md Kassim sebelum berangkat ke Sri Lanka esok. Turut kelihatan, pemain karom no 1 Malaysia, Christopher (kiri).
Caption: Hoi Ming (tengah) menyerahkan tajaan pakaian kepada Naib Presiden Persatuan Karom Malaysia, Samohan Md Kassim sebelum berangkat ke Sri Lanka esok. Turut kelihatan, pemain karom no 1 Malaysia, Christopher (kiri).

PETALING JAYA : Pemain karom nombor satu negara, Christopher Walter mendapat suntikan semangat baru selepas menerima tajaan menjelang Kejohanan Karom Dunia di Sri Lanka pada 1-4 November ini.

Lebih membuatkan pemain berusia 43 tahun ini teruja ialah apabila majikannya , Dimension Data bersetuju memberi tajaan penuh kepadanya.

"Saya gembira dengan tajaan ini , malah Dimension Data juga turut memberi tajaan pakaian kepada tujuh lagi atlet karom negara.

"Ia sesuatu yang sangat bermakna, sekali gus memberi lebih keyakinan kepada saya untuk mempamerkan permainan yang lebih baik," jelasnya kepada mStar Online.

Christopher mula menceburi permainan karom secara profesional sejak 2009 bakal bertandang ke Sri Lanka bersama kontinjen negara seramai sembilan orang termasuk seorang pengurus pada Selasa.

"Ini merupakan kejohanan terbesar kali keempat yang saya sertai bermula 2004.

"Dari segi persiapan kali ini, saya berpuas hati dengan latihan yang dilakukan dua jam sehari, malah lebih penting saya perlu memberi fokus dalam pelbagai teknik.

"Permainan karom ini memerlukan fokus dan kemahiran kerana taktik setiap lawan sentiasa berubah.

"Dalam pada itu, saya tidak terlalu tertekan kerana kebanyakan pemain yang sertai kejohanan dunia ini adalah lawan yang sama sejak dahulu lagi.

"Jadi sedikit sebanyak saya sudah faham corak permainan mereka," tambahnya. Dijangka sebanyak 14-17 negara bakal beraksi termasuk juara bertahan, India.

Selain bergelar seorang atlet, Christopher juga merupakan seorang jurulatih bagi pemain-pemain muda dan turut mempunyai kelayakan sebagai pengadil peringkat kebangsaan dan antarabangsa.

Sementara itu, Pengarah Urusan (Malaysia&Vietnam) Dimension Data, Chong Hoo Ming berkata, pihaknya bersetuju memberi sokongan penuh kepada Christopher kerana bukan disebabkan dia kakitangan di syarikat ini, tetapi semangat yang ada padanya.

"Christopher sudah bekerja di sini hampir lima tahun dan setiap tahun dia berjumpa dengan saya agar terlibat dengan sukan karom ini.

"Dan tahun ini saya melihat kelainan ketika dia datang berjumpa saya. Apa yang saya lihat, tajaan ini bukan untuk ke kejohanan sahaja,tetapi penjelasannya untuk membawa acara karom ini ke peringkat akar umbi adalah sesuatu yang menarik.

"Saya lebih suka melihat ia berkembang, lebih-lebih lagi perancangan yang melibatkan bakat-bakat muda," jelas Hoi Ming.

Hoi Ming berkata, selain memberi tajaan ke Sri Lanka ini, pihaknya juga bersetuju untuk memberi sumbangan sebanyak RM10,000 kepada Persatuan Karom Malaysia bagi membantu melancarkan pelbagai program jangka masa panjang bagi sukan ini.

"Sukan ini tidak seperti acara lain dan ia memerlukan banyak program bagi untuk menjadikan sukan ini lebih dikenali.

"Jadi kami mengambil langkah untuk membantu kerana percaya sukan ini boleh berkembang, "katanya yang turut berharap kejayaan daripada pasukan negara di Sri Lanka nanti.

Artikel Lain