suria

Hodgson Berat Hati Lepaskan Terry

Hodgson memeluk Terry selepas aksi antarabangsa bersama England baru-baru ini.
Hodgson memeluk Terry selepas aksi antarabangsa bersama England baru-baru ini.
Hodgson memeluk Terry selepas aksi antarabangsa bersama England baru-baru ini.

PENGURUS England, Roy Hodgson kecewa dengan keputusan John Terry yang mengambil keputusan bersara daripada aksi antarabangsa.

Pemain berusia 31 tahun mencapai 78 kap sejak penampilan pertamanya bersama England pada tahun 2003.

Hodgson yang turut membuat keputusan kontroversi dengan memilih Terry berbanding abang Rio Anton, Rio Ferdinand pada aksi Euro baru-baru ini dengan alasan kecederaan dan tidak menggunakan isu perkauman yang dibangkitkan pemain pertahanan Chelsea itu kepada Anton.

"Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada John Terry di atas komitmennya terhadap pasukan England sejak saya dilantik menjadi pengurus.

"Sudah pasti saya kecewa dengan keputusannya itu dan kehilangan pemain berpengalaman dan kelebihan tersendiri.

"Saya berpuas hati dengan hubungan baik kami berdua sejak berada di sini dan berat hati untuk melepaskannya.

"Saya juga mengesahkan dia ada berhubung dengan saya mengenai keputusannya itu.

"Saya harap dia akan terus cemerlang bersama Chelsea," jelas Hodgson.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain