suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Gempar Akhyar Rashid cedera dipercayai dipukul, disamun

Akhyar Rashid mengalami kecederaan didakwa menjadi mangsa samun.

PEMAIN bola sepak kebangsaan, Akhyar Rashid mengalami kecederaan selepas didakwa menjadi mangsa samun, pada malam Khamis.

Difahamkan, dalam kejadian di Terengganu itu, Akhyar yang berusia 25 tahun menyertai pasukan Terengganu FC (TFC) pada musim mengalami kecederaan di bahagian kepala dipercayai selepas dipukul.

Menerusi video yang tersebar dalam media sosial termasuk Facebook dan WhatsApp, pemain kelahiran Kedah itu dikatakan sedang berada di sebuah pusat perubatan untuk mendapatkan rawatan.

Akhyar yang baru menyambut ulang tahun kelahirannya yang ke-25 pada Rabu, menyertai TFC pada Februari lalu secara pinjaman dari juara Liga Super 10 kali berturut-turut, Johor Darul Ta'zim (JDT).

Selain itu, terdapat rakaman video menunjukkan pemain itu sedang menunggu untuk diberikan rawatan di Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ).

Bagaimanapun Akhyar dilaporkan berada dalam keadaan stabil.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain