suria

Gara-gara peluk penyokong wanita, pemain bola sepak Iran digantung perlawanan

Detik kejadian yang menyebabkan seorang pemain bola sepak Iran dihukum.

DI mana bumi dipijak, di situ langit dijunjung.

Kata pujangga di atas bermaksud setiap tempat itu mempunyai adat dan undang-undang yang tersendiri.

Baru-baru ini gempar di media sosial apabila seorang pemain bola sepak Iran digantung perlawanan pada 12 April lalu hanya kerana memeluk seorang penyokong wanita.

Pemain itu merupakan seorang penjaga gawang dan dikenali sebagai Hossein Hosseini, 31, dia menyarung jersi pasukan Tehran Esteghlal dalam Liga Pro Teluk Parsi

Ketika kejadian, wanita yang juga peminat Esteghlal melukru masuk ke padang dan pihak keselamatan stadium cuba menahannya.

Namun Hosseini kemudiannya menghampiri wanita terbabit dan bertindak memeluknya walaupun kakitangan keselamatan sedang cuba membawa penceroboh itu keluar.

Akhbar itu berkata, persekutuan bola sepak Iran mendenda penjaga gol itu bersamaan AS$4,700 (kira-kira RM22,457) dan memberinya penggantungan satu perlawanan kerana berkelakuan buruk terhadap ejen keselamatan pada perlawanan itu.

Untuk rekod, wanita secara amnya dilarang daripada menghadiri perlawanan bola sepak berikutan revolusi Islam 1979, tetapi pada Ogos 2022 mereka dibenarkan menyertai perlawanan kejohanan buat kali pertama dalam tempoh lebih 40 tahun.

Hosseini menghabiskan sebahagian besar karier bola sepaknya di Esteghlal, salah satu kelab paling popular di negara Timur Tengah itu.

Dia bermain untuk Iran dalam perlawanan Piala Dunia 2022 menentang England selepas penjaga gol pilihan pertama cedera. - Firstpost

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain