suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Atlet diserang… Hannah Yeoh gesa PDRM buru individu simbah asid kepada Faisal Halim

Hannah menggesa PDRM agar mengambil tindakan ke atas pelaku serangan itu.

MENTERI Belia dan Sukan, Hannah Yeoh menggesa Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengambil tindakan tegas ke atas pihak yang melakukan serangan ke atas pemain bola Faisal Halim.

"Saya mengecam sekeras-kerasnya keganasan terhadap atlet. Tiada keganasan dalam sukan!

"Saya meminta PDRM untuk segera mengambil tindakan terhadap pelaku," ciapnya menerusi platform X pada Ahad petang.

ARTIKEL BERKAITAN: Faisal Halim cedera disimbah asid di litar go-kart dalam pusat beli-belah

Terdahulu, mStar melaporkan pemain Selangor itu cedera disimbah asid di sebuah pusat beli belah di Damansara, Selangor pada Ahad.

Menurut sumber terdekat, Faisal diserang ketika berada di litar go-kart yang dipercayai terletak dalam sebuah pusat beli-belah.

Namun sehingga kini, belum ada sebarang kenyataan rasmi dibuat oleh pemain berkenaan.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain