suria

Ada saksi nampak penyerang simbah Faisal Halim guna asid - “Dia kena masa nak turun kereta”

Seorang pelayar X mendedahkan kereta miliknya turut terkena simbahan asid dalam serangan berkenaan.

KETUA Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan berkata pemain bola sepak yang disimbah asid, Faisal Halim kini berada dalam keadaan stabil.

Jelasnya, pemain kebangsaan itu kini sedang menjalani rawatan di sebuah hospital di Petaling Jaya selepas dia diserang di sebuah pusat beli-belah di Damansara pada Ahad petang.

"Pada pukul 5.52 petang tadi, polis Petaling Jaya menerima maklumat daripada orang awam melalui panggilan kecemasan 999 bahawa seorang pemain bola sepak kebangsaan disimbah cecair dipercayai asid," ujarnya dalam satu kenyataan.

Hussein turut menggesa orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kes itu supaya menghubungi bilik gerakan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Petaling Jaya melalui talian 03-79662222 bagi membantu siasatan.

ARTIKEL BERKAITAN: Faisal Halim cedera disimbah asid di litar go-kart dalam pusat beli-belah

ARTIKEL BERKAITAN: Atlet diserang... Hannah Yeoh gesa PDRM buru individu simbah asid kepada Faisal Halim

Dalam pada itu, seorang wanita mendedahkan dia turut berada di lokasi kejadian ketika Faisal disimbah asid.

Menerusi perkongsian foto di platform X, wanita itu berkata cat pada bahagian depan keretanya turut terkena simbahan asid berkenaan.

"Tak pasal-pasal kereta saya pun kena, sebab kereta saya parked sebelah kereta Faisal Halim. Nasib baik family saya sampai dekat carpark selepas kejadian. Nauzubillah.

"Tak tahu (asid jenis apa). Tapi asid macam mana pun memang teruk la kan? Cat kereta pun boleh jadi macam tu. Kalau kena badan lagi la teruk. Kesian. Alhamdulillah, saya dan keluarga tiada apa-apa.

"Dia kena simbah time nak turun kereta," dakwa wanita itu menerusi ciapannya di platform X.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain