suria

Terbuka Amerika Syarikat: Perlu Profesional, Komited Dan Fokus - Djokovic

Novak Djokovic
Novak Djokovic
Novak Djokovic

JUARA bertahan Kejohanan Tenis Terbuka Amerika Syarikat, Novak Djokovic memulakan misi mempertahankan gelarannya dengan menewaskan pemain dari Itali, Paolo Lorenzi, 6-1 6-0 6-1 pada aksi pusingan pertama, awal pagi Rabu.

Pemain kelahiran Serbia itu mengambil masa 73 minit untuk mengetepikan Lorenzi yang pernah menewaskannya pada aksi Terbuka Australia baru-baru ini.

Djokovic menggambarkan Stadium Arthur Ashe adalah arena tenis yang menarik di dunia dan dia merasakan dia perlu menggunakan peluang ini sebaiknya dengan memenangi perlawanan.

"Ya, kami perlu profesional, komited dan fokus terhadap apa yang dilakukan. Kerjaya kami telah memberi banyak kejayaan.

"Perasaan tertekan adalah saat yang paling penting, ia adalah satu cabaran tetapi kita perlu menikmatinya.

"Saya sentiasa mencuba untuk mengambil sikap positif dalam apa jua keadaan. Saya bertuah kerana dikelilingi oleh orang-orang yang baik sekaligus memberi tenaga yang sempurna bagi saya.

"Kami sentiasa bergurau antara satu sama lain," katanya.

Artikel Berikut

Artikel Lain