suria

United Bersedia Tabur £30 Juta Untuk Pemain Brazil Moura & £20 Juta Untuk Van Persie

MANCHESTER UNITED dilaporkan telah bersedia untuk melabur sehingga £30 juta untuk pemain Brazil, Lucas Moura yang kini sedang beraksi bersama skuad bolasepak Olimpik Brazil.

Dan lebih menakjubkan lagi ialah Sir Alex Ferguson kini turut membida Robin van Persie dari Arsenal.

Akhbar UK, The Mail melaporkan, Lucas Moura akan menjalani pemeriksaan perubatan di Manchester pada Ahad selepas didapati meninggalkan Newcastle selepas pasukannya Brazil berjaya menumpaskan Honduras di St James' Park.

Ferguson juga dilaporkan tidak menyertai pasukan United berlepas ke Norway dalam siri jelajah mereka untuk memastikan urusan perpindahan Moura berjalan lancar.

Ferguson juga disebut akan turut menguruskan perpindahan Van Persie ke United sebaik sahaja urusan Moura selesai.

Kapten pasukan Arsenal itu yang juga pemain terbaik Liga Perdana Inggeris musim lalu dikatakan turut menjadi sasaran Manchester City dan Inter Milan.

Arsenal enggan melepaskan Van Persie jika tiada kelab yang bersedia membayar £25 juta tetapi Ferguson dilaporkan yakin yang tawaran United berjumlah £20 juta akan diterima.

Artikel Lain