suria

Sukan Olimpik 2012: Koo/Tan Tewas Gagal Ke Final

Pasangan beregu Malaysia Koo Kien Keat-Tan Boon Heong cuba membalas pukulan regu China, Cai Fun- Fu Hai Feng dalam saigan separuh akhir badminton di Sukan Olimpik London, 2012 di Wembley Arena pada Sabtu. Pasangan beregu negara itu tewas dengan straigt set, 21-9, 21-19. - Foto REUTERS.

LONDON: Pemain beregu nombor lapan dunia Koo Kien Keat/Tan Boon Heong terlepas slot ke final setelah kalah kepada pemain beregu lelaki terkemuka dunia, Cai Yun/Fu Haifeng dari China dalam perlawanan badminton separuh akhir Olimpik 2012.

Dalam perlawanan yang berlangsung di arena Wembley di sini hari ini, gandingan Malaysia kalah 9-21, 19-21 dalam hanya 36 minit.

Bagaimanapun Koo/Tan masih berpeluang membawa pulang pingat gangsa apabila mereka berdepan pasangan dari Korea Selatan Chung Jae Sung/Lee Yong Dae dalam penentuan tempat ketiga esok.

Cai Yun/Fu Haifeng pula akan bertemu beregu Denmark, Mathias Boe/Carsten Morgensen dalam final Ahad ini.

Dalam perlawanan separuh akhir PADA sABTU, gandingan Malaysia memulakan pungutan mata pada set pertama namun pemain Tembok Besar dengan mudah menjarakkan kedudukan 4-2, 10-4, 17-7 sebelum menamatkan permainan dengan 21-19 dalam masa 13 minit.

Salam set kedua, Koo dan Tan cuba bermain dengan pantas namun gandingan terulung dunia dari China ini yang mempamerkan kehebatan permainan di jaring dan pukulan kencang menamatkan perlawanan dalam masa 21 minit dengan 19-21 mata.

Dalam satu lagi perlawanan separuh akhir, gandingan nombor tiga dunia, Mathias Boe/Carsten Mogensen melakukan up-set ke atas beregu nombor dua dunia dari Korea Selatan, Chung Jae Sung/Lee Yong Dae 17-21, 21-18, 22-20.

Koo berkata beliau tidak berasa gementar sungguhpun rekod perlawanan sebelum ini menentang Cai/Fu tidak memihak kepada mereka.

"Mereka menukar rentak permainan dengan pantas yang telah memerangkap kami," katanya.

Tan pula berkata permainan pantas pasangan China itu memaksa mereka banyak melakukan kesilapan.

"Sekarang kami perlu cuba melakukan yang terbaik untuk mendapatkan gangsa," katanya. Jurulatih kebangsaan Tan Kim Her berkata pemain Tembok Besar menukar taktik dengan melakukan serangan agresif yang memaksa Koo dan Tan bermain secara bertahan dan bukan menyerang.

Mengenai perlawanan menentang Korea Selatan dalam penentuan pingat gangsa esok, Koo berkata perlawanan itu juga pasti sengit. -BERNAMA

Artikel Lain