Dua Jawatan Tertinggi KOM Dijangka Jadi Rebutan

KUALA LUMPUR: Dua jawatan tertinggi dalam Kesatuan Olahraga Malaysia (KOM) iaitu presiden dan timbalan presiden dijangka menjadi rebutan pada mesyuarat agung tahunan (AGM) badan induk olahraga negara itu pada 23 September ini.

Naib Presiden KOM Datuk R. Annamalai berkata selain dua jawatan tertinggi tersebut, empat jawatan naib presiden akan turut dicabar pada pemilihan kali ini untuk penggal 2012-2015.

"Semua perkara sebelum bermulanya AGM seperti laporan audit kewangan telah kita siapkan namun kita belum mengeluarkan borang pencalonan memandangkan tiada pihak yang membuat bidaan secara rasmi untuk mencabar mana-mana enam jawatan tersebut," katanya

Pejabat Pesuruhjaya Sukan (PPS) sebelum ini memberi tempoh sehingga 31 Ogos ini kepada KOM untuk mengadakan AGM namun mereka meminta penangguhan kepada Oktober depan disebabkan mereka masih belum menyiapkan laporan audit kewangan selain perlu menyelesaikan beberapa isu yang membelenggu mereka.

Sebelum ini dilaporkan beberapa individu dikatakan berminat untuk mencabar kerusi presiden dan timbalan presiden yang masing-masing kini disandang Datuk Seri Shahidan Kassim dan Datuk Karim Ibrahim.

Shahidan yang memegang tampuk kepimpinan KOM sejak 2006 bagaimanapun dikatakan masih berminat untuk memimpin badan induk olahraga negara itu kerana mahu menyelesaikan beberapa masalah dalaman yang dihadapi oleh mereka.

Ditanya mengenai sokongan Persatuan Olahraga Negeri terhadap kepimpinan KOM pada masa kini, Annamalai berkata beliau yakin mereka masih menyokong penuh kepimpinan Shahidan.

"Saya yakin mereka masih bersama dengan Presiden (Shahidan) berdasarkan sumbangan beliau dalam membentuk KOM menjadi satu badan sukan yang disegani di negara ini," katanya.-BERNAMA

Klik

Berkongsi rezeki... itulah maksud di sebalik amalan membayar cukai

HARI ini, Malaysia dilanda krisis pandemik Covid-19 yang telah memberi banyak kesan kepada semua lapisan masyarakat.

Duka Covid-19 seakan terubat, TNB sinari hidup golongan memerlukan, agih zakat cecah RM4.36 juta

TNB tampil dengan inisiatif perkongsian rezeki melalui pengagihan wang wakalah zakatnya ke seluruh pelusuk tanah air.

Ketahui 7 cara mudah sediakan makanan di rumah

SEBENARNYA tak susah untuk menaik taraf ruang peribadi anda terutamanya dapur bagi memudahkan dan melancarkan hari-hari anda di rumah.

Covid-19 bukan sekadar pandemik, buktikan kepentingan dunia digital... dorong MYNIC lebih rancak bantu bisnes online

MYNIC menawarkan program latihan pemasaran digital, dengan membawa perniagaan luar talian ke dalam talian dan seterusnya menghadapi pasaran ekonomi digital global.

Artikel Lain