suria

Arsenal Akan Terima Kenyataan Jika Van Persie Berpindah - Henry

Henry (kiri) dan Van Persie ketika bermain bersama dengan pasukan Arsenal sebelum tahun 2007.
Henry (kiri) dan Van Persie ketika bermain bersama dengan pasukan Arsenal sebelum tahun 2007.
Henry (kiri) dan Van Persie ketika bermain bersama dengan pasukan Arsenal sebelum tahun 2007.

BEKAS pemain Arsenal, Thierry Henry yakin The Gunners boleh mengatasi kekecewaan sekiranya Robin van Persie meninggalkan kelab itu.

Pengurus Arsena Wenger merancang untuk berbincang lebih lanjut dengan Van Persi minggu ini walaupun penyerang Belanda itu bertekad untuk meninggalkan Stadium Emirates.

Manchester City, Manchester United dan Juventus dilaporkan berminat terhadap penjaring terbanyak Liga Perdana Inggeris (EPL) musim lalu.

Henry yang bersama kelab ini selama lapan tahun dan meninggalkan Arsenal pada tahun 2007, namun menjadi pemain pinjaman pada Januari lalu amat yakin The Gunners mampu mengahdapi situasi ini.

"Kami harap dia akan kekal dan itu sahaja jalannya. Saya tidak tahu apa yang sebenarnya terjadi tetapi sebagai peminat kelab ini, saya mahu dia kekal.

"Dia masih lagi pemain Arsenal dan pengurus perlu bincang perkara ini. Saya hanya mahu Arsenal melakukan yang terbaik.

"Robin akan buat apa yang dia ingin buat, dan kita akan lihat nanti. Apabila saya meninggalkan kelab ini, semua orang sedih, tetapi selepas beberapa tahun, mereka telah berada dalam keadaan yang baik.

"Semua orang datang dan pergi," katanya kepada Sky Sports News.

Artikel Lain