suria

Beri Perhatian Pada Posisi Serangan - Rajagobal

Penyerang Man City,Tevez (kiri) turut menjaringkan gol kedua pasukannya pada perlawanan persahabatan Malaysia-Manchester City di Stadium Bukit Jalil, Isnin. Foto:M. Azhar Arif/THE STAR

KUALA LUMPUR: Skuad Malaysia gagal menyekat serangan pasukan Juara Liga Perdana Inggeris (EPL), Manchester City apabila tewas 1-3 pada aksi persahabatan Jelajah Asia 2012 di Stadium Nasional Bukit Jalil, Isnin.

Ketua jurulatih bola sepak kebangsaan Datuk K. Rajagobal berkata, permainan sukar ini memang telah diduga.

"Mereka sangat kuat dari segi fizikal serta kombinasi yang hebat seperti Sergio Aguero, Carlos Tevez dan Abdul Razak.

"Malaysia berhadapan dengan pemain-pemain kuat bertaraf dunia dan mereka bermain dengan baik," katanya kepada pemberita selepas perlawanan, malam Isnin.

Bagaimana pun Rajagobal turut memuji pemain-pemain kerana telah mempamerkan aksi terbaik walaupun di bulan puasa.

"Mereka telah bertungkus-lumus untuk bersaing dan saya yakin skuad telah mengutip pengalaman berguna.

"Sekurang-kurang mereka telah memberi tekanan kepada pihak lawan dan turut menjaringkan gol.

"Selepas ini saya mungkin akan lebih memberi perhatian kepada posisi serangan kerana masih banyak perlu ditingkatkan," katanya.

Sementara itu, ketua jurulatih Manchester City, Roberto Mancini berkata, dia berpuas hati dengan persembahan pemain-pemain dan berharap untuk datang lagi ke sini tahun depan.

"Kedua-dua pasukan bermain dengan baik, saya harap kami boleh datang semula tahun depan.

"Saya pasti pasukan kebangsaan akan lebih maju dengan pengurus yang baik," jelas Mancini.

Artikel Lain