suria

King Bersara Sebagai Pemain Profesional

King bersara sebagai pemain profesional pada umur 31 tahun.
King bersara sebagai pemain profesional pada umur 31 tahun.
King bersara sebagai pemain profesional pada umur 31 tahun.

KAPTEN Tottenham Hotspur, Ledley King mengambil keputusan bersara sebagai pemain bola sepak profesional pada umur 31 tahun.

King menamatkan 14 tahun kariernya di White Hart Land selepas mengalami kecederaan berterusan di bahagian lutut.

Sebagai menghargai jasanya di White Hart Lane, satu perlawanan akan di adakan di situ sebagai aksi penutup musim 2012/13.

"Ledley telah memberi sumbangan besar kepada kelab, sebagai pemain yang menakjubkan, kapten dan juga sebagai duta kelab," jelas Pengerusi Spurs, Daniel Levy dalam kenyataan di laman web kelab, Jumaat.

"Sudah jelas bagaimana dia mengharungi saat sukar melawan kecederaannya itu dan turut membuktikan juga karektor dia dalam menguruskan prestasi ketika di padang sekali gus mempamerkan pimpinan yang sempurna."

Secara keseluruhannya, King telah melakukan 323 penampilan untuk Tottenham sebelum kecederaan menghantuinya, dan turut menjaringkan 14 gol.

King telah menyempurnakan 38 perlawanan keseluruhan dalam aksi Liga Perdana Inggeris (EPL) pada musim 2004/8.

Dalam pada itu juga, King turut membantu pasukannya menjulang trofi Piala carling menewaskan Chelsea pada tahun 2008.

"Saya telah berada di sini sejak kanak-kanak lagi. Saya sentiasa menganggap ini kelab saya sukar dibayangkan untuk menyarung jersi pasukan lain.

"Saya sedar pada masa ini sangat sukar untuk melihat seorang pemain kekal di kelabnya, namun saya tetap gembira dengan menghabiskan karier saya di sini.

"Saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada kepada semua yang terlibat di sini dan juga penyokong-penyokong Spurs yang sentiasa memberi sokongan kepada saya.

"Saya telah berada di Tottenham lebih kurang 17 tahun, dan mula menyarung jersi Spurs ketika berumur 14 tahun.

"Ia merupakan rumah kedua dan saya gembira jika boleh meneruskan tugas bersama kelab dan juga untuk komuniti," katanya.

Artikel Lain