suria

Salahkan Kami, Bukan McCarthy: Johnson

KAPTEN Wolverhampton Wanderers, Roger Johnson (gambar) mendesak agar tidak memecat Mick McCarthy memandangkan kelab itu kini berada dalam keadaan getir.

McCarthy dipecat sebagai pengurus selepas Wolves jatuh ke zon penyingkiran apabila kalah 1-5 kepada West Brom pada aksi Liga Perdana Inggeris Ahad lalu.

Johnson dibawa masuk oleh McCarthy dari Birmingham City dan diberi kepercayaan mengetuai pasukan ini, yakin Wolves masih ada peluang untuk membaiki kedudukan mereka.

“Terima kasih kerana masih mempunyai perlawanan dan peluang mengutip mata untuk keluar daripada masalah ini.

"Kami hanya perlu enam kemenangan daripada 13 baki perlawanan dan ia kami berada dalam keadaan baik untuk melakukan perkara itu,” kata Johnson.

Sementara itu, pemilik kelab, Steve Morgon yang baru kembali daripada percutian bersama keluarganya kini dalam proses mencari pengganti Mccarthy.

Morgan dan ketua eksekutif kelab, Jez Moxey berharap mereka mampu mencari pengganti Mccarthy sebelum Wolves meneruskan aksi bertemu Newcastle dalam tempoh sebelas hari lagi.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain