suria

Nadal, Federer Mara Ke Pusingan Keempat Terbuka Australia

Nadal mara ke pusingan keempat selepas menewaskan Lacko dari Slovakia.
Nadal mara ke pusingan keempat selepas menewaskan Lacko dari Slovakia.
Nadal mara ke pusingan keempat selepas menewaskan Lacko dari Slovakia.

PEMAIN Sepanyol, Nadal dan Roger Federer dari Switzerland menempah tiket ke pusingan keempat selepas berjaya menumpaskan lawan masing-masing pada saingan ketiga Kejohanan Terbuka Australia, Jumaat.

Nadal menewaskan pemain dari Slovakia, Lukas Lacko 6-2 6-4 6-2 dengan mengambil masa 55 minit.

Pemain yang berada di ranking kedua ini menyertai kejohanan pertama Grand Slam musim 2012 dalam keadaan tidak selesa selepas mengalami kecederaan di bahagian lutut.

“Keadaan lutut saya sekarang berada dalam keadaan baik, itu yang lebih penting. Perlawanan di sini sememangnya sukar, namun saya gembira dengan corak permainan setakat ini dan berjaya mara ke pusingan keempat tanpa kalah,” katanya.

Nadal berkata, walaupun sehingga ini dia berdepan dengan perlawanan yang tidak mudah, tetapi gaya permainan membuatkan segalanya berjalan lancar.

“Saya bermain dengan baik. Jika kamu bermain baik, semua situasi akan menjadi mudah. Dan jika kamu bermain tidak baik, semua perlawanan akan jadi susah,” katanya.

Pemegang sepuluh gelaran kejuaraan Grand Slam serta juara Sukan Olimpik ini berkata, gelaran juara Terbuka Australia belum pernah dicapai dan dia akan cuba sebaik mungkin untuk gelaran tersebut.

Sementara itu, Federer menumpaskan lawannya, Ivo Karlovic (Croatia) 7-6 3-6 6-3 6-4.

Artikel Lain