suria

Jelena Dokic Bakal Pertahan Kejuaraan TenisTerbuka Malaysia

KUALA LUMPUR: Juara bertahan Terbuka Malaysia BMW tahun lepas, Jelena Dokic dari Australia akan mempertahankan kejuaraannya pada kejohanan kali ini yang bermula dari 27 Feb hingga 4 Mac di Bukit Kiara Equestrian & Country Resort.

Kemenangannya di Terbuka Malaysia tahun lalu telah melonjak kedudukan ranking dunianya daripada kedudukan 138 kepada 61.

Beliau kini menduduki ranking ke-64.

Menurut penganjur kejohanan, pemain lain yang akan turut serta pada Terbuka Malaysia kali ini ialah pemain sensasi India, Sania Mirza, bintang muda Jepun, Ayumi Morita dan pemain Serbia, Bojana Jovanovski.

Sebelum ini bekas pemain nombor satu wanita dunia, Venus Williams dari Amerika Syarikat, pemain Perancis, Marion Bartoli dan pemain China, Peng Shuai telah mengesahkan penyertaan mereka. - BERNAMA

Artikel Berikut

Cisse Sarung Jersi Newcastle

Artikel Lain