suria

Cisse Sarung Jersi Newcastle

NEWCASTLE mengesahkan penyerang Freiburg, Papiss Demba Cisse (gambar) menjadi miliknya selepas persetujuan dicapai oleh kedua pihak.

Pemain antarabangsa Senegal ini menandatangani kontrak selama lima tahun setengah, dan kelab itu dilaporkan membayar yuran perpindahan lebih kurang RM40 juta.

Pengurus Newcastle, Alan Pardew mengakui bahawa kelabnya telah lama memerhatikan aksi Cisse ini.

“Selepas Andy Carroll meninggalkan kelab ini, Papiss merupakan orang pertama yang menjadi perhatian lebih kurang dua tahun. Dia merupakan penyerang yang mempunyai rekod baik di Bundesliga.

“Musim ini dianggap menyerlah dan pasukan telah melakukan yang terbaik. Mike Ashley (pemilik kalab) meminta saya untuk membawa masuk pemain ini ke kelab.

"Dalam tempoh terdekat ini, Cisse sibuk dengan Piala Negara-Negara Afrika, tetapi selepas itu dia akan berada dalam skuad dan berharap mampu memberi inspirasi kepada pemain-pemain lain sekali gus mencapai impian kelab ini.

Sementara itu, Cisse yang akan memakai jersi bernombor sembilan berkata, dia mahu membayar balik kepercayaan kelab ini yang diberikan kepadanya.

“Saya berterima kasih kepada semua yang mengalu-alukan kedatangan saya. Satu kebanggaan bagi saya untuk bermain di kelab yang besar ini dan tekad akan menggunakan peluang ini sebaik mungkin yang boleh dibanggakan.

“Saya memakai jersi yang penting dan akan memberi penghormatan sepenuhnya kepada nombor ini,” katanya.

Artikel Berikut

Artikel Lain