suria

Dollah Salleh Belum Puas Hati Prestasi Anak Buah

TEMERLOH: Walaupun Pahang telah menang tiga perlawanan dalam mengharungi Liga Perdana musim ini, namun jurulatihnya Dollah Salleh masih belum berpuas hati dengan prestasi permainan anak buahnya.

Katanya, mutu permainan anak buahnnya masih banyak perlu diperbaiki terutamanya di barisan hadapan yang dilihat pincang.

"Mereka perlu disemai dengan semangat setia kawan dan bermain dalam satu pasukan serta tidak tamak bagi menyumbat gol serta tidak boleh memandang rendah setiap musuh.

"Walaupun kita memerlukan kemenangan dan mengutip mata pada setiap perlawanan, tetapi kita perlu bermain menggunakan cara dan kaedah taktikal yang betul untuk beroleh kejayaan," katanya.

Beliau bercakap kepada pemberita selepas perlawanan saingan Liga Perdana menentang KL Sime Darby FC di Mini stadium Majlis Perbandaran Temerloh (MPT)malam Isnin.

Beliau berkata, barisan pemain sedia ada akan dikekalkan untuk beberapa perlawanan akan datang.

Pada perlawanan semalam, Pahang menang 2-1 ke atas KL Sime Darby FC. - BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain